1. Yaa Allah – Allah, nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian 5000 kali dengan khusyuk dan tertib, kebersihan rohani untuk dekat pada Allah setiap hari.
2. Yaa Rahman – zikir 500 kali selepas solat lima waktu, kita akan menjadi pengasih, terang hati dan tidak pelupa.
3. Yaa, Rahim – Zikir 100 kali setiap hari menjadikan diri kita penyayang dan disayangi orang serta diberi kemudahan.
4. Yaa Malik – Zikir 121 kali setiap hari, kita akan dihargai orang secara wajar dan kehidupan kita berkecukupan.
5. Yaa Quddus – zikir 100 kali setiap hari selepas tergelincir matahari, hati kita akan bersih daripada kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
6. Yaa Salaam – zikir 136 kali setiap hari, insya-Allah penyakit yang dideritai akan sembuh, jika dibacakan kepada orang yang sakit juga akan sembuh.
7. Yaa Mukmin – zikir sebanyak 136 kali setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri daripada lingkungan perbuatan jahat.
8. Yaa Muhaimin – Kita selalu diawasi Allah, maka sebutlah asma ini sebanyak-banyaknya agar kita akan terpelihara dan hati sentiasa bersih.
9. Yaa Aziz – zikir 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari, akan dapat pertolongan Allah dalam hidupnya.
10. Yaa Jabbar – 266 kali setiap pagi dan petang, orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya, akan tunduk atas pertolongan Allah.
dipetik dari: annur feb '10
No comments:
Post a Comment